Sealer adalah sejenis produk coating yang sering digunakan sebelum lapisan primer dan topcoat pada permukaan struktur konkrit.
Ia mempunyai kelebihan meresap ke dalam konkrit dan menjadi sebahagian dari strukturnya setelah kering.
Sealer boleh menggantikan lapisan primer yang khususnya dihasilkan untuk tujuan-tujuan tersebut :
Menyediakan kelekatan lapisan yang terbaik pada permukaan konkrit
Menyerap ke dalam permukaan konkrit yang berpori dan retak.
Mengisi ruangan konkrit yang berpori dan retak.
Menghasilkan permukaan konkrit yang rata sebelum disapukan dengan lapisan primer
dan topcoat.
Membantu lapisan topcoat menjadi rata kerana disokong oleh lapisan sealer.
Menentukan kekilatan atau ‘gloss’ topcoat yang sekata kerana lapisannya yang rata
apabila disokong oleh lapisan sealer.
Menghalang lapisan topcoat meresap ke dalam permukaan konkrit yang berpori dan
retak.
Mencegah kesan kotor atau “stains” melekat pada permukaan konkrit.
Menghasilkan lapisan perlindungan yang berkalis air atau “waterproof”
Mencegah penembusan air dan wap air melalui permukaan konkrit yang boleh
memberi kesan retak dan lumut pada permukaan konkrit.
Mencegah ketumbuhan lumut dan kulat pada permukaan konkrit.
Secara umumnya , terdapat dua jenis sealer yang ada dihasilkan oleh pengeluar untuk tujuan yang berbeza. Iaitu :
1) Penetrating Sealer.
Berfungsi untuk menyerap ke dalam permukaan konkrit yang berpori dan retak.
2) Topical Layering Sealer.
Berfungsi untuk menghasilkan lapisan perlindungan coating di atas permukaan konkrit
bagi mencegah daripada cuaca, air dan cahaya UV.
Terdapat juga jenis sealer yang boleh menghasil kedua-dua fungsi tersebut seperti
Like Armour Concrete Sealer. Sealer berciri dua dalam satu ini memudahkan para pengguna
atau kontraktor dengan lebih efisen dan efektif.
Sila layari laman web di www.likearmour.com untuk info lebih lanjut
Source: arifkhalid.com
Comments