Konkrit adalah struktur utama yang sering digunakan dalam sektor pembinaan. Tanpa konkrit struktur bangunan tidak dapat didirikan dan dibentuk. Tidak kira rumah, office lot, shop lot, shopping complex, infrastruktur dan sebagainya.
.
Akan tetapi, struktur konkrit juga mudah terdedah kepada beberapa kerosakan yang boleh mengakibatkan keruntuhan bangunan dan merisikokan keselamatan orang awam di persekitarannya. Kos membaiki dan membina semula pula mahal malah tawar hati kontraktor untuk melakukannya semula.
.
Jom kita kenali beberapa jenis kerosakan konkrit yang sering berlaku pada struktur bangunan.
1) Keretakkan atau Cracking
Kerosakan ini sering kita lihat di tempat awam. Selalunya berlaku disebabkan pelbagai punca seperti proses bancuhan yang salah, penembusan air ke dalam konkrit , reaksi pada cuaca dan proses karat yang berlaku pada besi rebar di dalam konkrit.
2) Corak Retakan atau Crazing
Kerosakan ini seperti retak tetapi bukanlah retak yang membelahkan permukaan. Ia mempunyai ruang retak yang sangat kecil dan menonjolkan corak retakan buruk di permukaan konkrit.
Sakit mata dipandang. Crazing berlaku kerana proses pengerasan yang terlalu cepat disebabkan suhu cuaca yang tinggi atau campuran air yang banyak ketika bancuh atau proses curing yang tidak mencukupi.
3)Lumut Hijau
Lumut ini walaupun natural, sesetengah orang anggap ia sangat menjijikkan, memberi penampilan yang kotor dan tidak menceriakan suasana persekitaran.
Ini sering berlaku pada permukaan konkrit yang sangat lama. Masalah ini berlaku kerana sering terdedah dengan cuaca hujan dan lembap.
Cuaca basah dan lembap memudahkan benda hidup seperti kulat, lumut dan bacteria untuk membiak dan tumbuh di permukaan konkrit.
4) Pudar
Konkrit akan pudar apabila sentiasa terdedah pada cahaya UV yang menghakiskan warna permukaan konkrit. Lantai imprint konkrit sering menjadi pudar yang sangat menyuramkan dan menyedihkan suasana apatah lagi suasana di kawasan perumahan. Mood kita pun dah tak ceria.
Masalah ini boleh dicegah dengan konkrit coating kerana boleh mengekalkan warna konkrit yang sedia ada. Maka, suasana rumah pun kekal cantik!!
Boleh layari www.nakmaintainrumah.com bagi yang ingin dibantu menceriakan lantai konkrit, atau terus hubungi https://hi.jomwasap.my/NAKLANTAICANTIK
5) Efflorescence
Masalah ini berlaku disebabkan kandungan komponen garam di dalam air yang menembusi permukaan konkrit. Ini memberi reaksi pada konkrit dan menghasilkan kesan-kesan
putih pada permukaannya. Efflorescence sering berlaku pada kolam air atau “water features” yang diisi dengan air chlorine. Air chlorine inilah yang mengandungi garam.
Habis rosaklah taman kediaman rumah kita.
As a contractor pula, sanggup ke kita membina dan membaiki semula struktur konkrit yang telah rosak dengan harga yang sememangnya mahal dan membuang masa.
Mencegah lebih baik dari membaiki.
Sila layari laman web kami untuk info lebih lanjut di https://www.likearmour.com/likearmourforconcrete ,
atau
Like & Follow Facebook Page kami di https://www.facebook.com/likearmourmalaysia
to purchase.
Comments