top of page
Writer's pictureLike Armour Malaysia

[PUNCA KEBOCORAN AIR DI BASEMENT]

Kebocoran air di basement sering berlakudi pelbagai jenis premis seperti kondominum , shopping mall , rumah dan sebagainya.

.

Keadaan sebegini kita kadang–kadang terlintas ketika hendak parking kereta di basement car park lagi-lagi apabila di shopping mall dan ternampak air bertakung diatas lantai parking. .

Ini menyebabkan suasana yang tidak selesa kepada pengunjung premis yang sedangseronok nak shopping, ziarah keluarga , jumpa kawan dan sebagainya. Susah nak berjalan melintasiair bertakungni.

.

Boleh potong mood kita!! Jiwa kacau!!..

.

Di sini saya nak kongsikan punca-punca kebocoran air di basement floor sama ada di rumah, condominium, office buildingatau shopping complex.

.

Struktur basement dibina dengan foundation wall dan basement concrete flooring yang mengukuhkan tapak pembinaan premis. Struktur ini dikelilingi tanah yang telah dikorek sewaktu pembinaan.

.

Apabila tanah ditimbunkan semula mengelilingi struktur foundation wall dan basement floor, tanah tersebut tidak lagi mampat dan kukuh seperti dahulu ketika sebelum dikorek. Tanah tersebut akan menjadi “active soil” atau longgar.

.

Apabila air hujanturun, Ia akan melembut dan melonggarkan “active soil” itu dan memberiruang kepada aliran air untuk mencapai ke permukaan foundation wall. Kewujudan“hydrostatic pressure” di tanah akanmemberitekanan kepada air untuk menembusi struktur “foundation wall” hingga menghasilkan retakan lalu menembusi dinding tersebut dan akibatnya bocordi basement.

.

Selain itu, hydrostatic pressure akan juga memaksa air untuk menembusi di ruang perantaraan struktur “foundation wall” dan “basement floor”. Maka, terjadilah takungan air atau “water table” di lantai basement seperti yang kita sering lihat di basement car park.Kebocoran ini jugalah yang menyebabkan pembiakan lumut hijau pada dinding “foundation wall” dan “basement floor”.

.

Ini mengeluarkan bau yang sangat tidak selasa untuk para pengunjung.

Sila rujuk gambar dibawah untuk lebih faham.






108 views0 comments

Recent Posts

See All

Komentáře


bottom of page